Saya telah mendaftar, anda bila lagi?! - webmaster.

Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti. Daftarlah sebagai pengundi kerana undi itulah yang akan menentukan golongan mana yang mentadbir negara dan kalau tersalah pilih, kita yang akan merana. Sebanyak 80% daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu. Mareka akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini. Yang peliknya mereka tidak tahu di mana hendak mendaftar tetapi tahu pula lokasi persembahan artis-artis, malah ada yang sanggup tunggu berjam-jam” - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman
(artis2 tu termasuklah ade yg sanggup gi tgk consert muse lah good charlotte la…) Daftarlah SEKARANG, masa depan anda tanggungjawab anda!! lawat ke laman http://www.spr.gov.my






