Subject: Aku Tanpa Sekolah
Alek: sekolah alam shah dah takde dah..
yg tinggal bangunan lama kat jalan yaakob latif
(aku lebih prefer jalan tenteram).. tu pun dah nama
lain.. sek men sains alam shah..aku memang takde kene mengena la dengan
sekolah kat putrajaya tu.. (kecuali dua tiga orang
cikgu lama.. dengan nama aku yg tertulis kat atas
board yang tergantung tu… boleh la tunjuk kat
anak bini nanti…hahaha)nak pegi sekolah kat cheras dahla rasa janggal
(nama lain), yang ada tula dua tiga kerat otai
[papa, girang, arip saniran.. (warden skolah)]nak pegi putrajaya?? memang dah totally sekolah
lain dah tu..
kiranya, dah takde sekolah la ni kan…
so, kalau alumni ke, sekolah ke nak mintak
sumbangan ke, ape ke.. ada la alasan untuk
reject.. hahaha…apepun, memories remain,,,,,,,
ALL IN ALL IS ALL WE ALL ARE.. yeah!!
Farid:Nama Sekolah Alam Shah Ditukar Ke Sekolah Sultan Alam Shah
PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) – Sekolah Alam
Shah,
salah sebuah sekolah berasrama penuh yang
terulung
di Malaysia khususnya dari segi pencapaian
akademik dan ko-kurikulumnya ditukar nama
sebagai
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Perubahan nama itu atas perkenan Sultan
Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah agar sekolah itu
dinamakan sempena nama penuh nenda
baginda, iaitu
Sultan Selangor yang ketujuh Almarhum Sultan
Sir
Hishamuddin Alam Shah Alhaj.
Dalam titah ucapan baginda semasa
merasmikan
sekolah tersebut, Sultan Sharafuddin
mengucapkan
terima kasih kepada Kementerian Pelajaran
yang
bersetuju dengan perkenan syor baginda agar
sekolah itu ditukar namanya.
Baginda turut melahirkan rasa gembira kerana
berpeluang melihat sendiri lokasi baru sekolah
yang menjunjung nama nenda baginda.
“Sekolah Alam Shah dimasyhurkan oleh
ayahanda
beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Alhaj
pada 7 Mac 1964 di tapak asalnya di Bandar
Tun Razak.
“Kini Sekolah Alam Shah telah berada di tapak
barunya yang tersergam indah di Putrajaya.
Beta
berharap perpindahan ke pusat pentadbiran
negara
akan membolehkannya mengekalkan
kecemerlangan
sebagai salah sebuah sekolah berasrama
penuh yang
terulung di Malaysia,” titah baginda.
Turut hadir ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, timbalannya Datuk
Noh
Omar, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr
Ahamad
Sipon dan pengetua sekolah tersebut Khairil
Awang.
Sultan Sharafuddin bertitah sekolah
seharusnya
berkembang sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan
yang mampu melahirkan ilmuan yang berkualiti
dan
berpotensi.
Setiap potensi yang ada pada setiap pelajar
mestilah dipupuk dan dikembangkan seiring
dengan
perubahan pesat dalam dunia pendidikan pada
masa
ini, titah baginda.
“Di samping kecemerlangan akademik, beta
berharap
aspek kerohanian juga tidak terabai agar
hasrat
negara melahirkan warga gemilang melalui
pendidikan yang unggul dapat direalisasikan,”
titah baginda.
Baginda juga berharap agar budaya buli yang
sehingga memudaratkan dihindari kerana ia
tidak
memberikan keuntungan kepada pelajar,
sebaliknya
akan hanya menyusahkan dan merugikan.
Farid: kalo tak letak sultan pon org tau tu nenda
baginda… dah aa pindah putrajaya…. kat
cheras maintain nama lg… ni nak tukar nama
skolah plak… abes ape yg nak tinggal
kenangan lg? isk3… damn aah…. why let a
college in kuala kangsar maintain its tradition
while let us forget ours? ni semue konspirasi je
ni…sabo jibo.. aku tau ni memang konspirasi.. tapi
apa2pun kenangan kite tetap terpahat dalam lubuk
hati ini..huahuahuahua… bak kata alek memories
remain….ALL IN ALL IS ALL WE ALL ARE..
Aku: Pada pendapat aku perkara ni berlaku atas sebab-sebab kemungkinan:
1) Nak dapatkan publisiti dan juga perhatian dari pihak atasan atas cadangan dari pihak bawahan yg tak ada cara lain nak naik pangkat. Kalo pun nak cipta sejarah, tak perlulah buat idea yang kolot sampai mcm ni sekali pun. Mementingkan diri sendiri. Aku tak fikir nama baru atas perkenan baginda sultan selangor. Sbb selama ni, tak pernah pun dgr kabar angin baginda nak tuka nama sekolah. Sbb, lebih baik menghormati nama yang telah sedia ade dinamakan oleh ayahanda baginda yg memasyhurkan sekolah ni.
2)Politic conspiracy. Sbb nak jadi “cemerlang, gemilang dan terbilang”..Aku rase perlu tuka sikit.. kita mesti “Cita Usaha dan Jaya” barulah boleh terbukti “cemerlang, gemilang dan terbilang”. Kalo takde cita-cita, usaha.. macam mane nak cemerlang, gemilang dan terbilang..(Tah la, aku tak pandai dlm politic ni..)
3)Sbb alumni kite tak kuat dlm menentang cadangan ni. Mane alumni semua? Dok diam je?… 9600 kene buat sesuatu nanti..
ALL IN ALL IS ALL WE ALL ARE!
Related links:
http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=187966
http://en.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Alam_Shah






